Menggunakan iPhone Yang Di Jailbreak? Anda Kini Boleh Menyembunyikan Tanda Biru Di WhatsApp Posted on Monday, November 10 @ 08:33:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |


Pada iPhone anda yang telah sedia di jailbreak, anda boleh memuat-turun sebuah tweak khas yang dinamakan sebagai “WhatsApp Read Receipt Disabler” daripada Cydia, dimana melaluinya ia tidak akan memaparkan tanda biru kepada penghantar mesej WhatsApp anda.
Tweak dinamakan WhatsApp Read Receipt Disabler ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna melalui Cydia dibawah repo BigBoss. Sebaik sahaja memuat-turun dan memasangnya, ia akan menyembunyikan tanda biru pada mesej yang telah dibaca anda kepada penghantar, sebaliknya anda masih dapat melihat tanda biru pada mesej yang telah dibaca oleh penerima.
Ia tidak lagi diketahui sama ada pihak WhatsApp akan menawarkan tetapan khusus untuk menyembunyikan Read Receipt ini ataupun sebaliknya. Sementara itu, penggunaan tweak ini mungkin membantu anda untuk seketika sekiranya tidak ingin memaparkannya kepada penghantar anda. -Amanz
No comments:
Post a Comment