Job2 Street

Friday, May 1, 2015

Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007

Tutorial 3 : Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007

Salam..

Setelah selesai Tutorial 1 dan 2, masuk pula bab tiga iaitu cara-cara nak setting nombor Arab/Jawi. Nombor Arab/Jawi adalah seperti gambar di bawah:

Saya tak pasti, ada yang kata, nombor Arab adalah 1 2 3 (nombor rumi biasa), tapi tak kisahlah, jika mahu guna nombor 123 boleh, nak guna nombor Arab/Jawi pun boleh.

Cara-cara Setting Nombor Arab/Jawi

1. Buka Microsoft Office Word 2007 (saya guna versi Word 2007). Klik pada Office Button. Lihat gambar di bawah:


2. Klik pada Office Button (No 1) dan kemudiannya klik pada Word Options (No 2).


3. Klik pada Advanced (No 1), satu tetingkap akan keluar, scroll down dan cari Numeral, pada kekotak Numeralpilih/tukar kepada Context (No 2).

4. Klik OK untuk tutup tetingkap.


Rujuk Juga :

Tutorial 1 : Setting Arabic Language (Set Bahasa Arab)
Tutorial 2 : Download dan Install Program Keyboard Jawi (SIRIM)  
Tutorial 3 : Setting Nombor Jawi/Arab dalam Microsoft Word 2007
Tutorial 4 : Menaip Tulisan Jawi menggunakan Office Word 2007

No comments:

Post a Comment

K-Play

kPlaylist - get your music online

The player will show in this paragraph

2 3

IkimFM

speaker music speaker