Job2 Street

Monday, November 10, 2014

Menggunakan iPhone Yang Di Jailbreak

Menggunakan iPhone Yang Di Jailbreak? Anda Kini Boleh Menyembunyikan Tanda Biru Di WhatsApp
Posted on Monday, November 10 @ 08:33:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


It & TeknologiTanda biru di WhatsApp yang memberikan petanda anda telah membaca mesej telah menjadi bualan hangat ramai pengguna pada minggu lepas. Terdapat beberapa kaedah untuk menyembunyikannya yang telah dibincangkan, dan kini untuk pengguna iPhone yang di jailbreak, anda boleh menyembunyikan status anda telah membaca sesuatu mesej di WhatsApp itu dengan lebih mudah.

Pada iPhone anda yang telah sedia di jailbreak, anda boleh memuat-turun sebuah tweak khas yang dinamakan sebagai “WhatsApp Read Receipt Disabler” daripada Cydia, dimana melaluinya ia tidak akan memaparkan tanda biru kepada penghantar mesej WhatsApp anda.


Tweak dinamakan WhatsApp Read Receipt Disabler ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna melalui Cydia dibawah repo BigBoss. Sebaik sahaja memuat-turun dan memasangnya, ia akan menyembunyikan tanda biru pada mesej yang telah dibaca anda kepada penghantar, sebaliknya anda masih dapat melihat tanda biru pada mesej yang telah dibaca oleh penerima.


Ia tidak lagi diketahui sama ada pihak WhatsApp akan menawarkan tetapan khusus untuk menyembunyikan Read Receipt ini ataupun sebaliknya. Sementara itu, penggunaan tweak ini mungkin membantu anda untuk seketika sekiranya tidak ingin memaparkannya kepada penghantar anda. -Amanz

No comments:

Post a Comment

K-Play

kPlaylist - get your music online

The player will show in this paragraph

2 3

IkimFM

speaker music speaker